PERHATIAN KEPADA SEMUA GB/PENTADBIR Sekolah Rendah Pengisian Data Saringan Khas Tahun 2 bermula dari 21.5.2012 hingga 1.6.2012 melalui Portal SAPS.
Satu mesyuarat akan diadakan kepada Guru Penyelaras Linus Tahun 2 pada 23.5.2012 , jam 2.30 ptg. di Dewan Seminar PPDS. Surat jemputan akan menyusul.
PENDAFTARAN/PENGEMASKINIAN PROFIL/MAKLUMAT SEKOLAH
Pengetua/guru besar,
Sekolah-sekolah SPS
Tuan/Puan,
Adalah dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sehubungan itu jasabaik tuan/puan dipohon untuk meminta pihak yang dipertanggungjawabkan di sekolah tuan/puan untuk mendaftar sekolah dan mengemaskini profil sekolah dalam laman hebahan dan makluman PPD Selatan, beserta gambar logo sekolah untuk tujuan Rujukan PPD Selatan, SEBELUM atau PADA 31/05/2012.
Pengambilan Guru Kontrak (Yang Telah Bersara ) opsyen Bahasa Inggeris untuk sekolah rendah diperlukan segera. Sila hubungi Penyelia Kanan Sekolah Rendah En Rosli Bin Hashim untuk keterangan lanjut.
PENDAFTARAN DAN PENGEMASKINIAN PROFIL PERIBADI STAF SOKONGAN SEKOLAH DAERAH SPS
Pengetua/guru besar,
Sekolah-sekolah SPS
Tuan/Puan,
Adalah dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sehubungan itu jasabaik tuan/puan dipohon untuk meminta semua staf sokongan(bukan guru) di sekolah tuan/puan (Gred 1-36) di sekolah tuan/puan untuk mendaftar dalam laman hebahan dan makluman PPD Selatan, serta mengemaskinikan profil peribadi masing-masing(beserta gambar bersaiz paspot ATAU kad pengenalan untuk tujuan Rujukan PPD Selatan, SEBELUM atau PADA 31/05/2012.
3. Untuk makluman tuan/puan, bagi tujuan 'grouping' mengikut jawatan staf berkaitan format pendaftaran adalah seperti berikut:-
CONTOH 1:-
Jika seorang staf tuan/puan bernama Osmond dan berjawatan PAP(Pembantu Am Pejabat) bertugas di SMK Saujana Indah,semasa pendaftaran gunakan format berikut:- user name:-OsmondpapSMKSI New login password:Password mestilah antara 8 and 64 chars panjang.
Aksara yang dibenarkan ialah:- a-z, 0-9 and @!#$%& \/()=-_?+*.,:;
CONTOH 2:-
Jika seorang staf tuan/puan bernama Osmond dan berjawatan PT(Pembantu Tadbir) bertugas di SMK Saujana Indah,semasa pendaftaran gunakan format berikut:- user name:-OsmondptSMKSI New login password:Password mestilah antara 8 and 64 chars panjang.
Aksara yang dibenarkan ialah:- a-z, 0-9 and @!#$%& \/()=-_?+*.,:;
CONTOH 3:-
Jika seorang staf tuan/puan bernama Osmond dan berjawatan PPM(Pembantu Pengurusan Murid) bertugas di SMK Saujana Indah,semasa pendaftaran gunakan format berikut:- user name:-OsmondppmSMKSI New login password:Password mestilah antara 8 and 64 chars panjang.
Aksara yang dibenarkan ialah:- a-z, 0-9 and @!#$%& \/()=-_?+*.,:;
CONTOH 4:-
Jika seorang staf tuan/puan bernama Osmond dan berjawatan PA(Penyelia Asrama) bertugas di SMK Saujana Indah,semasa pendaftaran gunakan format berikut:- user name:-OsmondpaSMKSI New login password:Password mestilah antara 8 and 64 chars panjang.
Aksara yang dibenarkan ialah:- a-z, 0-9 and @!#$%& \/()=-_?+*.,:;
Untuk tujuan Penyelarasan, sila gunakan singkatan berikut:-
SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH(SPPBS)
SEMUA GURU TAHUN 1 DAN 2
SEKOLAH RENDAH SEBERANG PERAI SELATAN.
Sistem SPPBS Sekolah Rendah sudah boleh digunakan.Guru-guru Tahun 1 dan 2 sudah boleh memasukkan pencapaian murid-murid ke dalam sistem.Pendaftaran murid tidak perlu dilakukan lagi.
Ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah SPS pada 14.4.12 di Batalion 2 PGA Kulim.Tahniah kepada pasukan yang berjaya ke peringkat negeri yg akan diadakan pada 30.4.12 (Sek.Ren.)& 2.5.12 (KRS)di Pusat Koko BM.Semuga Berjaya dan Mengandakan latihan.
ADUAN MENGENAI MASALAH APDM(APLIKASI PANGKALAN DATA MURID)
Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah SPS
Tuan/Puan,
Berkenaan dengan aduan sekolah tentang kemaskinian maklumat ibu bapa/penjaga di APDM yang dikatakan sering bermasalah ( tidak lekat,berubah,jumping dsb)
dipohon agar pihak sekolah menuliskan aduan kepada udatajpnpp@gmail.com untuk kami panjangkan ke bahagian teknikal di KPM.
Sila tuliskan bersama maklumat yang boleh membatu KPM buat semakan
Cthnya Kodsekolah, Nama Kelas, NoKP murid dan maklumat ibubapa dan masalah yang dihadapi.
Tuan/puan tdak perlu menghantar permohonan murid tahun 1.Tuan/puan akan dipanggil untuk hadir dalam sesi perjumpaan/taklimat bagi mengisi pendaftaran online yang akan dimaklumkan kemudian.
SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH(SPPBS)
SU PBS SR/SM
Sekolah Rendah
Proses naik darjah masih belum boleh dilakukan.Diharap semua SU dapat selalu menyemak menu naik darjah untuk menerima
arahan seterusnya dari LPM.
Sekolah Menengah
Pendaftaran pelajar Ting. 1 masih dalam latihan.Tidak perlu mendaftar semua pelajar.Pendaftaran sebenar pelajar dan guru akan dimaklum kemudian.
Selamat hari lahir buat Jalil SMKSE.Semoga sentiasa dirahmati Allah
Hmz
18-05-2012 16:24
Semua ahli KEPTAN SPS,Tarikh mesy. agung pd 23 mei dibatalkan, tarikh baru akan dimaklumkan. tksh.
dkeripapSKBTM
18-05-2012 07:49
sambutan hari guru peringkat sekolah dijalankan hari ini.Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar GURU.
mardiana
17-05-2012 20:48
terima kasih atas perhatian. mohon maaf di atas kesilapan yg tidak disengajakan. Sila rujuk surat PPDS800-1/4 Jld 2 (8) taklimat kajian Pemutihan Perjwatan yg diedar ke smua sek ren. harap maklum.
sitisarapkhemsmkbtm
17-05-2012 18:52
Tahniah kepada semua guru yg dinaikikan gred ke DG 48 dan DG44.Semoga Allah merahmati usaha kita sbg pendidik.
RoslizaptSKBTM
17-05-2012 16:27
Selamat Hari Guru dan tahniah kepada semua guru SKBTM yang berjaya dinaikkan pangkat.
fairuzptscye
17-05-2012 09:03
Tahniah utk guru2 yg berjaya dinaikkan pangkat.
hamidahgbskbk
17-05-2012 08:53
Bahasa yg digunakan utk hebahan biar ringkas dan jelas bukannya berbelit-belit sampai sukar difahami maksudnya.Semak semula sebelum pos.Cuba lihat hebahan tentang Taklimat Kajian Pemutihan Perjawatan.
AZILAHPTSKBTM
17-05-2012 08:18
Salam, Saya nak minta tolong cikgu Hadi, tolong groupkan sekolah saya dan saya terlupa katalaluan sekolah. Harap cikgu Hadi boleh tolong.